Sahabat Badar

Sunday 15 September 2013

Jagalah Pakaian dan Maruah KITA.

Pakaian atau Maruah adalah perkara yang berbeza tetapi mempunyai kesinambungan didalam kehidupan manusia. Pakaian yang baik menurut Islam adalah pakaian yang menutupi aurat. Hari ini mari sama-sama kita lihat bagaimana pemakaian itu menyelamatkan maruah seseorang terutamanya wanita:

Firman Allah:

Bermaksud:
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah Al-A'raf: ayat 26)


Bermaksud:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab: ayat 59)


CARA BERPAKAIAN

  1. Pakaian menutup aurat, tidak ketat dan jarang.
  2. Pakaian kemas dan bersih.
  3. Pakaian tiada lambang agama lain atau kumpulan sesat.
  4. Pakaian sesuai mengikut jantina.
  5. Pakaian daripada hasil yang halal.
  6. Pakaian mengikut peraturan syarak.

HIKMAH MENJAGA DIRI DAN MARUAH

  1. Kehidupan diberkati kerana mendapat petunjuk Allah.
  2. Mendapat pahala.
  3. Akan disayangi, dikagumi dan disanjung oleh rakan dan masyarakat.
  4. Membendung kejadian jenayah yang boleh mengakibatkan kehancuran negara.
  5. Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.
  6. Negara akan aman dan tenteram.
  7. Masyarakat akan memandang tinggi kepada orang yang berakhlak mulia.

AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH

  1. Kehidupan tidak diberkati kerana jauh dari petunjuk.
  2. Mendapat dosa.
  3. Menjadi terpinggir kerana dipulau oleh rakan dan masyarakat.
  4. Kejadian jenayah semakin meningkat.
  5. Negara menjadi kucar-kacir dan tidak aman.
  6. Negara akan mundur dan tamadun manusia tidak akan berkembang maju.
  7. Masyarakat akan memandang rendah kepada orang yang tidak bermoral.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, pakaian adalah lambang kepada kebaikan Islam itu sendiri, menganjurkan perkara sesuai untuk keselamatan manusia, cuma manusia yang tidak berfikir tidak akan mengambik iktibar dari perkara yang berlaku.




Wednesday 11 September 2013

Hewi Badar: Aktiviti yang dilangsungkan.


COVERING AURAH IS YOUR SWORD AND SHIELD
22/08/2013


TENTANG IKHTILAT
29/08/2013


MATLAMAT MAHASISWI MENIMBA ILMU
5/9/2013


HUBUNGAN SEJENIS (WANITA)
12/09/2013