Sahabat Badar

Wednesday 22 January 2014

KUIM BERSELAWAT 3: Menuju pembinaan Ummah yang mencintai Baginda.



Assalamualaikum w.b.t.

Pada 16 Januari yang lepas, bersamaan dengan hari khamis telah berlangsungnya Majlis Kuim Berselawat 3 yang dianjurkan oleh Badar ( Badan Dakwah dan Kerohanian ) Kuim, bertempat di Auditorium Pujangga. Majlis ini adalah kesinambungan dari Majlis Kuim Berselawat yang diadakan sebelum ini, bagi memartabatkan dan memberi peluang serta pendedahan kepada Mahasiswa/i Kuim khususnya dan orang luar umumnya tentang Qasidah dan Tareqat.

Antara aktiviti yang diadakan didalam majlis ini adalah Maulid Dhiyaul Lami', Qasidah dari kumpulan Qasidah Kuim yakni " Shauqul Muhammad" dan Tausiyah oleh Sheikh Syeikh Shahrul Rizal As-Syazily yang bertajuk " Air Mata Perindu". Majlis tersebut berlangsung dengan baik bermula dari pukul 9 malam hingga 12 malam. Gambar majlis tersebut adalah seperti yang tertera:







Diharap untuk masa yang akan datang, lebih banyak program seperti ini dijalankan di Kuim dan Pihak Badar mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut. Moga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah. Wallahu'alam.

Sunday 15 September 2013

Jagalah Pakaian dan Maruah KITA.

Pakaian atau Maruah adalah perkara yang berbeza tetapi mempunyai kesinambungan didalam kehidupan manusia. Pakaian yang baik menurut Islam adalah pakaian yang menutupi aurat. Hari ini mari sama-sama kita lihat bagaimana pemakaian itu menyelamatkan maruah seseorang terutamanya wanita:

Firman Allah:

Bermaksud:
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah Al-A'raf: ayat 26)


Bermaksud:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab: ayat 59)


CARA BERPAKAIAN

  1. Pakaian menutup aurat, tidak ketat dan jarang.
  2. Pakaian kemas dan bersih.
  3. Pakaian tiada lambang agama lain atau kumpulan sesat.
  4. Pakaian sesuai mengikut jantina.
  5. Pakaian daripada hasil yang halal.
  6. Pakaian mengikut peraturan syarak.

HIKMAH MENJAGA DIRI DAN MARUAH

  1. Kehidupan diberkati kerana mendapat petunjuk Allah.
  2. Mendapat pahala.
  3. Akan disayangi, dikagumi dan disanjung oleh rakan dan masyarakat.
  4. Membendung kejadian jenayah yang boleh mengakibatkan kehancuran negara.
  5. Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.
  6. Negara akan aman dan tenteram.
  7. Masyarakat akan memandang tinggi kepada orang yang berakhlak mulia.

AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH

  1. Kehidupan tidak diberkati kerana jauh dari petunjuk.
  2. Mendapat dosa.
  3. Menjadi terpinggir kerana dipulau oleh rakan dan masyarakat.
  4. Kejadian jenayah semakin meningkat.
  5. Negara menjadi kucar-kacir dan tidak aman.
  6. Negara akan mundur dan tamadun manusia tidak akan berkembang maju.
  7. Masyarakat akan memandang rendah kepada orang yang tidak bermoral.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, pakaian adalah lambang kepada kebaikan Islam itu sendiri, menganjurkan perkara sesuai untuk keselamatan manusia, cuma manusia yang tidak berfikir tidak akan mengambik iktibar dari perkara yang berlaku.




Wednesday 11 September 2013

Hewi Badar: Aktiviti yang dilangsungkan.


COVERING AURAH IS YOUR SWORD AND SHIELD
22/08/2013


TENTANG IKHTILAT
29/08/2013


MATLAMAT MAHASISWI MENIMBA ILMU
5/9/2013


HUBUNGAN SEJENIS (WANITA)
12/09/2013


Thursday 4 July 2013

Karya Badar: Ucapan Perjuangan Dr.Morsi

Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!"

Nota: Dr. Mursi merupakan Presiden Mesir selepas Presiden Hosni Mubarak berjaya digulingkan.

Kezuhudan beliau dan kelebihan:

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Thursday 27 June 2013

Aktiviti Badar: Eksplorasi Remaja Sinergi ( Expres)


Assalamualaikum w.b.t.

Pada 21 Jun - 23 Jun 2013 yang lepas, satu aktiviti kerjasama telah diadakan di Uitm Lendu, Alor Gajah dimana program tersebut dinamakan sebagai EXPRES, hasil kerjasama KELAB BADAR dari Kuim, PPI dari Uitm Kuala Pilah dan INSAN dari Uitm Lendu, Alor Gajah.

Tujuan program ini diadakan bagi memupuk sifat kepimpinan dan menanam sifat kerjasama diantara ahli dari ketiga-tiga kelab ini agar dapat bertukar pendapat dan juga dapat mengikat ukhwah. Program ini diadakan selama 2 hari 2 malam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah, latihan dalam kumpulan, malam kebudayaan dan juga explorace.













Diharapkan agar aktiviti dan program kerjasama ini diteruskan dari tahun ke tahun agar ukhwah yang terbina sentiasa terjalin. insyaAllah.

Khas untuk Sahabat PPI dan INSAN:

Lirik Seiring Sehaluan

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama

Bertemu berpisah kerana Allah.


Friday 31 May 2013

Syair Perjuangan Syakib Arselan



Saya membayangkan zikir-zikir kepada Allah dikumandangkan di Masjid Cordova.

Wahai saudara-saudaraku yang tercinta, berapa ramai orang yang berzikir, solat dan bertakbir kepada Allah.

Berapa banyak ribuan lampu yang dinyalakan di masjid, berapa banyak tali-tali kayu dinyalakan.

Berapa banyak lidah yang membaca surah Al-Fatihah, dan berapa ramai khatib menyampaikan nasihatnya diatas mimbar.

Berapa ramai orang pandai yang menyampaikan ilmunya kepada umat, berapa orang ahli nasihat yang nasihatnya di dengar dan diamalkan umat.

Berapa ramai raja-raja yang besar, berapa ramai pemimpin yang bersenang-lenang dalam suasana yang memilukan.


Wednesday 22 May 2013

Syair perjuangan Sayyid Qutb




Wahai saudara-saudaraku, adakah kamu merasa bebas berada disebalik tembok.

Wahai saudara-saudaraku, adakah kamu juga merasa bebas berada dalam belenggu.

Jika seandainya kamu berpegang teguh kepada janji Allah, kenapa kamu merasa takut dengan tipu daya manusia.

Wahai saudaraku, adakah kamu merasa bosan dengan perjuangan ini dan meletakkan senjata dari atas belakangmu.

Siapa lagi yang akan mengucapkan takziah pada duka yang menimpa mereka yang terkorban, dan siapa lagi yang boleh mengangkat bendera perjuangan lagi.

Wahai saudaraku, sekarang saya menjadi tulang belakang kekuatan yang menghancurkan bantuan yang terdapat di pergunungan yang tinggi nan kukuh.

Wahai saudaraku, jika seandainya kita meninggal dunia, kita akan bertemu dengan para kekasih, maka berbahagialah kita di syurga.

Mulai esok saya akan bersungguh-sungguh dalam memukul kepala -kepala ular yang berbisa dengan kapak sehingga tewas.

Wahai saudaraku, jika seandainya air mataku bercucuran dan membasahi kuburku dengan dalam keadaan yang sunyi,

Maka, bakarlah lilin-lilin diatas jasadku, kemudian bawalah menuju kemuliaan yang abadi.

Wahai saudaraku, sekalipun saya tidak akan sesekali merasa bosan dengan perjuangan dan sekalipun juga, saya tidak akan meletakkan senjata.

Jika seandainya saya meninggal dunia, maka itu adalah sebagai syahid dan kamu akan mendapatkan kemenangan yang mulia.

Saya akan membalas dendam kerana Tuhan dan agamaku, dan saya juga menempuh caraku sendiri dengan penuh keyakinan.

Adakalanya kita mendapat kemenangan ke atas manusia dan adakalanya kita kembali kepada Allah untuk tinggal di syurga nan abadi.


Nota: As-Syahid Sayyid Qutb  merupakan pemimpin didalam jemaah Ikhwanul Muslimin di Mesir.